Rendang Daging Masak Hitam

Posted by On 12:38 AM



Resepi ini sumbangan dari Kak Norlie dari Parit Buntar, Perak.


Kata beliau, resipi ini adalah resipi wajib beliau setiap tahun dan sentiasa menjadi kegemaran tetamu-tetamunya.


Kepada Kak Norlie, terima kasih pihak resepiraya ucapkan.


Kepada anda semua pula, Selamat Mencuba!





Bahan utama:
- Daging 1kg


Bahan untuk dikisar halus:
- 3 biji bawang besar
- 21 tangkai cili kering (petua : bilangan cili disediakan dalam bilangan nombor ganjil)


Bahan untuk digoreng tanpa minyak dan kemudian dikisar halus:
- 2 sudu besar jintan putih
- 2 sudu besar biji ketumbar


Bahan lain:
- Kerisik dari 1/2 biji kelapa (kira-kira 6 hingga 7 sudu besar)
- 5 sudu besar gula merah
- Sedikit kicap (disyorkan cap kipas udang yang berlemak manis)
- 1/2 cawan air asam jawa

Gaul semua bahan-bahan di atas dalam satu bekas. Masukkan kicap sehingga nampak semua adunan berkicap. Masukkan juga daun kunyit yang dihiris halus berserta 3 keping daun limau purut.


Bahan untuk menumis
- 4 biji bawang merah (dipotong halus)
- 2 biji bawang putih (dipotong halus)
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji bunga lawang


Cara-cara memasak
1. Tumis bahan-bahan menumis hingga kekuningan dan naik bau.
2. Tuangkan daging yang digaul dalam satu bekas tadi.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masak sehingga kering.


Juadah ini sesuai dihidangkan bersama ketupat nasi & ketupat pulut.


1 Comment

  1. Kak norli, boleh tak kongsi resepi air asam yg special tu? Termasuk kicap cair & sos tomato dari pb, wslm

    Posted on July 12, 2012 at 5:51 AM

     

Post a Comment