Biskut Makmur

Posted by On 3:30 AM


Bahan-Bahan:
1 kati tepung gandum
1 biji telur
½ tin minyak sapi
½ kati kacang tanah
½ kati gula
½ cawan gula kastard
Cara:
Cairkan minyak sapi. Kemudian sejukkan. Ayak tepung gandum. Masukkan minyak sapi ke dalam tepung dan gaul rata. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan tepung, ulilah hingga sebati. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar campurkan dengan gula. Adunan tepung tadi digelek dan diterap ikut suka hati bentuknya. Isikan kacang ke dalamnya, kemudian disepit atas dan tepinya lalu dibakar hingga kuning dan taburkan di atasnya dengan gula kastard.

6 comments

  1. alamak...kati mcm mana nak estimate ye dear?

    Posted on May 26, 2012 at 1:05 AM

     
  2. 1 kati = 500gm

    Posted on July 23, 2012 at 11:57 PM

     
  3. piNkkissS Said,

    1/2 tin minyak sapi tu tin brape ml/isipadu?

    Posted on July 25, 2012 at 10:06 PM

     
  4. 1 kati 600 gram

    Posted on August 9, 2012 at 11:48 AM

     
  5. Macam mana nak buat biskut makmur tu bila dah masak ia tidak pecah apabila dpegang?

    Posted on September 28, 2012 at 6:37 AM

     
  6. Eita Yayang Said,

    nk order popia nestum+susu+horlick & kueh makmur inti kacang tanah leh whatsApp/sms 0137064346..hrga sgt brpatutan..tq=)

    Posted on July 14, 2013 at 10:37 PM

     

Post a Comment