Selamat Datang ke resepiraya.blogspot.com
Kepada pengunjung blog, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kami menyediakan koleksi resipi pelbagai masakan.Dari kuih muih, kek, hinggalah ke masakan tradisi Melayu khas untuk juadah Hari Raya Sila tinggalkan sebarang komen untuk tujuan penambahbaikan.Selamat mencuba!
Biskut Makmur
Bahan-Bahan: | |
1 kati tepung gandum 1 biji telur ½ tin minyak sapi ½ kati kacang tanah ½ kati gula ½ cawan gula kastard | |
Cara: | |
Cairkan minyak sapi. Kemudian sejukkan. Ayak tepung gandum. Masukkan minyak sapi ke dalam tepung dan gaul rata. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan tepung, ulilah hingga sebati. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar campurkan dengan gula. Adunan tepung tadi digelek dan diterap ikut suka hati bentuknya. Isikan kacang ke dalamnya, kemudian disepit atas dan tepinya lalu dibakar hingga kuning dan taburkan di atasnya dengan gula kastard. |
Biskut Chocolate Marble
Bahan-bahan ( 1 loyang bercutter 10" x 10" )
- Bahan (utk base biskut)
- 150g tepung gandum
- 50g gula kastor
- 50g serbuk badam
- 125g butter
- 50g susu tepung
- Bahan (utk hiasan)
- 200g coklat masakan
- 1 camb shortening
- 75g coklat putih
Cara-cara
- Gaul kesemua bahan utk base biskut hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
- Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan adunan sehingga padat dan rata dlm acuan. Cucuk dgn garfu base tersebut.
- Tekan alat pemotong ke dalam adunan bakar pada suhu 180 selama 15 minit.
- Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong , biarkan sehingga biskut sejuk
- Cairkan coklat masak & shortening, tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
- Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak
- Tarik coklat putih dengan pencungkil gigi utk dijadikan corak batik.
- Masukkan semula alat pemotong ke dlm biskut. Sejukkan dlm fridge selama 10 minit atau sehingga coklat telah keras dgn cutter sekali .
Kek Buah Sultana
Bahan-Bahan: | |
400 gm mentega 400 gm gula halus 440 gm telur 400 gm tepung roti (berprotein tinggi) 200 gm tepung gandum 6 gm rempah kuih 500 gm campuran kulit limau (mixed peel) 1 kg buah campuran sultana | 160 gm ceri 60 gm gliserin ¾ cawan air - bahan fondan 9 camca teh serbuk gelatin - bahan fondan 3 camca sedang gliserin - bahan fondan 1 ½ camca sedang glukos pekat (liquid glucose) - bahan fondan Gula aising secukupnya - bahan fondan Sedikit pewarna - bahan fondan |
Cara: | |
Menggunakan pengadun elektrik pada kelajuan 1, putar mentega bersama gula hingga sebati dan kembang, 2 minit. Menggunakan spatula, kaup adunan supaya rata dan putar semula 2 minit lagi. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar 2 minit pada kelajuan 2. Masukkan tepung roti, tepung gandum dan rempah kuih. Putar lagi pada kelajuan 1 hingga rata. Masukkan campuran kulit limau, sultana, ceri dan gliserin. Putar hingga rata. Masukkan adunan ke dalam dua acuan berukuran 22.86 cm x 22.86 cm dan satu lagi berukuran 17.78 cm x 17.78 cm dan bakar 1 1/2 jam pada suhu 175'C. Apabila kedua-dua kek masak biarkan semalaman baru dihias. Untuk menyediakan fondan, panaskan air menggunakan double-boiler. Masukkan semua bahan kecuali gula aising dan pewarna. Kacau hingga rata. Apabila gelatin larut baru diangkat. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit. Kacau dan uli hingga ia menjadi doh halus. Titikkan pewarna mengikut suka dan uli lagi hingga pewarna sebati dan rata. |
Biskut Arab
Bahan-bahan ( 100 biji )
- minyak sapi 500 g
- tepung gandum 1 kg
- gula halus 200 g
- sedikit ceri untuk hiasan
- papercup
Cara-cara
- Ramas minyak sapi bersama tepung gandum sehingga menjadi doh.
- Uli doh bulat- bulat dan goyangkan dalam bekas gula halus.
- Kemudian ambil doh tersebut dan masukkan dalam papercup dan hias dengan ceri diatasnya.
- Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
Biskut Suji
Bahan-Bahan: | |
250 gm mentega 100 gm tepung gandum 2 biji kuning telur 200 gm gula halus 200 gm tepung suji | 50 gm tepung jagung 50 gm gajus, ditumbuk 1 camca teh esen vanila Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan |
Cara: | |
Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak. |
Kuih Bangkit
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 biji kelapa (diambil pati santannya)
5 biji telur ayam
1 paket tepung sagu
Sedikit serbuk penaik
Ayak tepung gandum & tepung sagu serta serbuk penaik kemudian gaulkan sehingga sebati.
Masukkan santan, telur & gula dan dipukul sehingga kembang.
Masukkan tepung kedalam adunan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Terapkan dengan acuan.
Bakar dengan suhu yang sederhana sehingga masak.

Biskut Mazola
600 gram kacang yang dimesin halus
600 gram tepung
1/2 kati gula yang dimesin halus
Minyak mazola /jagung
Telur kuning
Campurkan kacang, tepung dan gula. Masukkan minyak, agak-agak boleh sebati semua dan boleh dibentukkan (bulat atau leper). Lepas tu sapu kuning telur sikit kat atasnya or kalau suka bubuhla kacang sebijik atasnya.
cara lain :
1 cawan kacang dikisar halus
3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak
4 cawan tepung
kuning telur utk di sapu atas biskut (boleh juga campur sedikit putih telur)
1. Gaulkan kacang, gula dan tepung sebati.
2. Ulikan dengan minyak sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang sedang lembut.
3. Bentukkan ikut suka, sapukan kuning telur di atasnya dan bakar hingga masak.

Biskut Tembikai
Bahan-bahan:
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
Cara membuatnya
Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
Uli perlahan menjadi doh.
Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya) .
Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar.
Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.

Biskut Buah Pinggang
Bahan A
280 gram mentega
100 gram gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen nenas
1 sudu kecil esen pudina
Bahan B
360 gram tepung gandum (ayak)
1/8 sudu kecil emplek (ayak)
100 gram biskut Jacob high fibre (kisar)
Bahan C
Kuning telur
Penyediaan
Pukul bahan A hingga sebati.
Satukan bahan B dan masukkan ke dalam bahan A.
Rehatkan adunan selama 20 minit. Canai dan terapkan.
Sapukan kuning telur dan letakkan bahan hiasan.Bakar hingga masak

video-entry
Labels
- aiskrim (1)
- almond london (1)
- arab (1)
- badam (1)
- bahulu (1)
- bangkit (1)
- batang buruk (1)
- biskut (21)
- biskut aiskrim (1)
- biskut badam (1)
- buah (2)
- buah pinggang (1)
- buah rotan (1)
- cereal (1)
- chocolate (3)
- chocolate chip (1)
- chocolate rice (1)
- cornflakes madu (1)
- daging (1)
- hazelnut (1)
- kacang (1)
- kapit (1)
- karas (1)
- kek (1)
- kelapa (1)
- kuih (9)
- makmur (1)
- mama carries (1)
- marble (1)
- masak hitam (1)
- mazola (1)
- mentega (1)
- oren (1)
- putu kacang (1)
- rempeyek (1)
- rendang (1)
- samperit (1)
- sepit (1)
- siput (1)
- suji (1)
- sultana (1)
- Tart (1)
- Tart nenas (1)
- tembikai (1)
- tradisi (8)
- treasure hunt (1)